Perbadanan Kota Buku (PKB) telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah Syarikat Berhad Jaminan Kerajaan (CLBG)
19 Mei 2009, gagasan penubuhan KBKL telah dizahirkan semula menerusi ucapan YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timb. Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran di Majlis Pertemuan Pemimpin dengan Sasterawan Negara Malaysia anjuran ITBM di Putrajaya. Memo KSU kepada YB Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 26 Oktober 2010 telah bersetuju sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ditubuhkan.
Keputusan kabinet di masa yang sama memutuskan bagi mandat ini, sebuah Kompleks Kota Buku akan didirikan di Lot 780 dan Lot 691 Kuala Lumpur yang kini menempatkan Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Batu, Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Batu, Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu. Terkini, Lot 780 dan Lot 691 telah diwartakan sebagai salah satu projek River of Life di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Hub untuk penulis, penerbit dan pembaca
Membuka pusat sehenti bagi menghimpunkan penulis, penerbit, ilustrator, ejen Literari dan pembaca. Pusat Buku Malaysia ini kelak akan menyediakan ruang kondusif dan komersial kepada seluruh ekosistem perbukuan tanah air.
Membawa dan mempromosikan kandungan Malaysia ke pasaran luar negara
PKB menjadi Pusat Rujukan insitusi perbukuan merangkumi, pembelajaran, penyelidikan, konsultasi, jualan dan pemasaran untuk semua jenis bahan bacaan. PKB juga berperanan dalam membawa kandungan Malaysia ke pasaran luar negara dengan harapan kandungan Malaysia boleh bersaing dengan pasaran luar negara.
Mempromosikan dan memberi pendedahan berkenaan Buku Masa Hadapan
Membangunkan dan menyediakan sebuah fasiliti (platform / arkib) yang akan mengumpulkan koleksi bahan terbitan dalam dan luar negara untuk diakses oleh semua pihak terutamanya (pustakawan, ahli akademik, pelajar, pensyarah dan lain-lain yang berkaitan dengan industri perbukuan negara).
Kota Buku membangunkan dan menyediakan fasiliti (platform / arkib) yang akan mengumpulkan koleksi bahan terbitan dalam dan luar negara untuk diakses oleh semua pihak terutamanya yang berkaitan dengan industri perbukuan negara.
2021 adalah tahun video. Kota Buku merancang untuk merancakkan lagi industri buku dengan aktiviti dan info-info terkini melalui medium video. Cari kami di: Laman YouTube Kota Buku
Portal Mukasurat dibangunkan untuk dijadikan laman berita buku. Segala info atau berita yang berkaitan industri buku boleh dibaca di sini: https://mukasurat.my
Go Digital adalah servis daripada Perbadanan Kota Buku (PKB) untuk mentransformasi penerbitan daripada bentuk fizikal kepada digital. Info Lanjut godigital
Portal e-Book terbesar di Malaysia. Sebanyak 200,000 judul sedia untuk diakses. Cari kami di: https://bookcapital.my
Sebuah platform alternatif yang membolehkan pelajar mengakses buku teks digital dengan mudah memandangkan sekolah ditutup kerana pandemik melanda. Dapatkan di: KPM eTextbook Reader
Kemaskini info perbukuan anda melalui kemaskini terkini dari media sosial kami
Hantarkan persoalan anda kepada kami. Kami akan memberi maklum balas secepat mungkin
+603 8320 4756
+6018 203 6330